Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan merampas ketamin seberat 260 kilogram (kg) bernilai RM15.6 juta pada 21 Nov lepas.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota telah menyita lima tong berwarna biru ditinggalkan di penghujung jalan di kawasan perumahan di Pandan Indah, Kuala Lumpur pada 3.50 petang.
"Berdasarkan jumlah berat dadah diperolehi, dianggarkan seramai 1.3 juta individu dapat diselamatkan daripada penyalahgunaan dadah.
"JKDM sedang mengesan dua lelaki tempatan iaitu suspek utama kes tersebut yang berusia 30 dan 36 tahun," katanya pada sidang media di Cawangan Narkotik Ibu Pejabat JKDM di Kampung Jijan, di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati dua suspek itu tiada rekod jenayah serta bukan keldai dadah dan alamat terakhir mereka masing-masing di Kuala Lumpur iaitu di rumah pangsa 610, Pandan Indah 5/20 dan di Taman Esplanad, Bukit Jalil.
Kes disiasat di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya.
Sazali berkata berdasarkan label nombor rujukan pada tong itu mendapati dagangan dibawa masuk menggunakan laluan udara dari Lapangan Terbang Ahmedabad, Gujarat, India dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), serta diikrarkan sebagai bahan kimia tidak tertakluk kepada keperluan permit import daripada pihak berkuasa.
Beliau berkata barangan itu dipercayai dihantar oleh ejen penghantaran menggunakan lori dan hasil penjejakan pasukan JKDM mendapati ia dihantar ke kawasan perumahan tersebut dan diletakkan di penghujung jalan.
Dalam pada itu, menurut Sazali JKDM turut merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 12 kg bernilai RM400,000 dalam sebuah beg di tempat duduk belakang kereta Toyota Camry, di lot parkir sebuah restoran makanan segera di Sijangkang, Selangor, 6.30 petang, 8 Nov lepas.
Beliau berkata pihaknya juga menahan seorang lelaki warga asing berusia 35 tahun dan suspek telah dituduh di mahkamah pada 22 Nov lepas di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
"Maklumat (diperoleh) mengesahkan dadah tersebut akan dibawa ke negara jiran menggunakan laluan laut melalui Port Dickson," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 01 2023
Dadah di dalam tong itu diikrarkan sebagai bahan kimia tidak tertakluk kepada keperluan permit import daripada pihak berkuasa. - Gambar/ Bernama
Syarikat penerbangan Malaysia digesa teroka laluan baharu di China - Duta Besar
Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad berkata, bandar sekunder di negara itu mempunyai pasaran yang besar kerana jumlah populasinya.
AWANI Ringkas: Kerajaan tidak mansuhkan subsidi diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Korea Selatan sahkan tiada bahan berbahaya dalam belon sampah dari Korea Utara
Korea Selatan mengesahkan tiada bahan berbahaya yang dihantar bersama belon sampah yang mengandungi pelbagai bahan buangan termasuk najis binatang sejak Selasa lepas.
[TERKINI] Kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Empat lagi anggota Kastam didakwa terima rasuah kes lori lolos pemeriksaan
Mereka didakwa menerima rasuah daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan tidak memeriksa lori milik syarikat itu yang membawa barangan dari kargo KLIA.
Kastam rampas kokain bernilai RM10.3 juta disorok dalam penyaman udara kontena
JKDM Johor percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas merampas 51 kilogram kokain bernilai RM10.3 juta yang disembunyikan dalam penyaman udara sebuah kontena.
Agensi penguatkuasaan dipantau rapi, elak kecurangan - PM Anwar
Pemantauan diharap dapat mengelak laporan berhubung aktiviti kecurangan seperti rasuah atau menyakau dalam kalangan penjawat awam.
Perlis akan cadang pintu sempadan Padang Besar dibuka hingga 12 tengah malam
Pihaknya akan menyediakan kertas cadangan untuk dipertimbangkan KDN, dengan proses menyiapkan kertas itu dijangka bermula selepas raya.
Kastam gagalkan cubaan seludup kokain di KLIA
Dadah tersebut ditemukan dalam tujuh kotak barangan kosmetik yang mengandungi bongkahan pepejal seperti sabun.
PM Anwar akui kesungguhan Srettha tangani konflik di selatan Thailand
Malaysia akan berperanan sebagai fasilitator dalam membantu usaha tersebut.
Malaysia, Indonesia laksana operasi tangani penyeludupan di perairan Selat Melaka
Usahasama baik ini amat penting bagi menjaga perairan sempadan negara daripada anasir penyeludupan.
Kastam Malaysia dan Indonesia perkukuh kerjasama
Mereka membincangkan usaha menambah baik prosedur bagi mengukuhkan peraturan, memerangi pelanggaran dan memudahkan proses perdagangan.
Kastam rampas rokok seludup bernilai lebih RM1.3 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 1,690,000 batang rokok seludup bernilai RM1,133,990 termasuk cukai dalam serbuan di Jalan Kampung Gunong, di Bachok pada 24 Julai lepas.
Ambil kira cara tembusi pasaran Indonesia - Pakar ekonomi
Dasar pembangunan usahawan tempatan perlu mengambil kira cara kerjasama dalam usaha menembusi pasaran ekonomi rantau Asia terutama Indonesia.